KAMI DISINI

Showing posts with label Alga Prima. Show all posts
Showing posts with label Alga Prima. Show all posts

Friday, December 3, 2010

Kolagen


APA ITU KOLAGEN?

Merupakan sejenis protein yang bermolekul makro. Kolagen sangat penting untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Kolagen terdapat dalam kulit, tulang dan gigi. Isoflavone merupakan bahan utama dalam ekstrak protein soya, struktur molekulnya hampir sama kepada estradiol, iaitu sejenis estrogen yang dirembeskan oleh tubuh manusia. Ia merupakan sejenis phytoestrogen (estrogen tumbuhan) yang memainkan peranan penting dalam memelihara kesihatan tubuh wanita. Fungsi utamanya seperti:
  • Memperbaiki kerosakan kulit.
  • Anti penuaan.
  • Memperbaiki masalah gangguan haid.
  • Melegakan sindrom menopaus (putus haid).
  • Mencegah osteoporosis ( pereputan tulang ).
  • Mencegah penyakit kardiovaskular dan servaskular ( otot dan saraf ).
  • Mencegah kanser payudara.
  • Meningkatkan kualiti kehidupan seks.

FUNGSI-FUNGSI KOLAGEN:

Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan
 Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Lebih dari 71% protein dalam sel-sel kulit terdiri dari kolagen, di mana berkait rapat dengan pertumbuhan, pemulihan dan nutrisi kulit. Sebagai tambahan, kolagen mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembutkan dan membuat kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan.

Memulihkan masalah kulit
Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka,maka ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan ke kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan masalah kulit seperti parut, pengecutan epithelium, kedutan dan garis-garis halus.

Mencantikkan dan menyuburkan rambut
Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis serta rambut dan kuku. Kekurangan kolagen dapat menyebabkan rambut kelihatan kering dan bercabang, kuku ,menjadi kusam dan mudah pecah.

Menegangkan payudara
Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak, yang merupakan peranan sebagai penyokong bagi pembentukkan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara agar cantik dan menawan.

Melangsingkan badan ketika tidur
Pembakaran lemak adalah proses yang diperlukan untuk melangsingkan badan. Kolagen hidrolisis dapat meningkatkan proses pembakaran lemak, tetapi harus dijalankan dalam keadaan tidur. Dengan mengambil kolagen hidrolisis, anda dapat melangsingkan badan semasa tidur.

Menguatkan tulang
Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca dari kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.

Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmen
Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

Melambatkan proses penuaan kulit
Kolagen penting untuk memelihara kecantikan dan keceriaan kulit. Gejala-gejala penuaan secara wajar semakin ketara apabila usia meningkat kerana kandungan kolagen dalam kulit semakin berkurang dan kulit yang mengalami kekurangan air akan mengakibatkan kulit kering dan kusam.

Bird's Nest Collagen

Harga: RM 80.00

Minuman Sarang Burung dihasilkan dari Sarang Burung yang berkualiti tinggi dengan campuran marin kolagen dari ikan salmon yang dijamin halal.

Khasiat Sarang Burung Walet
Sejak dulu lagi, khasiat sarang burung walet didapati mempunyai nilai pemakanan yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik. Kedua-dua faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.

Selain membekalkan kecantikan pada kulit, sarang burung itu juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah dengan lebih lancar.

Penyelidikan saintifik moden mendapati ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin, menjadikan ia produk kesihatan semulajadi yang tulen sekaligus sesuai untuk semua peringkat usia.

Pengambilan sarang burung dalam jangka masa panjang adalah ketahanan baik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, lantas menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit.

Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih lebih cepat selepas bersalin.

Kolagen
Kolagen adalah komponen protein utama dalam tubuh. Penghasilan kolagen berkurangan pada kadar 1.5% setiap tahun selepas usia 25 tahun. Selepas usia 40-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh kolagen yang ada. Inilah punca kedutan kulit. Marin Kolagen mudah dihadam. Kajian menunjukan pengambilan marin kolagen pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%

Keistimewaan Bird's Nest Collagen
  •  Melancarkan sistem penafasan
  • Menguatkan sistem ketahanan badan
  • Mencerdaskan minda
  • Melembabkan kulit
  • Membekalkan tenaga
  • Menguatkan sendi dan tulang dan paru-paru
*Sesuai untuk semua peringkat umur